SwipeRx merupakan satu rangkaian sosial platform atas talian bagi ahli farmasi, termasuk pembantu farmasi, pemilik farmasi dan pemegang kepentingan. Matlamatnya adalah untuk mempromosikan akses kepada maklumat dan menggalakkan kerjasama antara kakitangan farmasi. Oleh yang demikian, SwipeRx mengumpulkan dan menyimpan maklumat pengguna dengan cara yang selamat.
Dengan menggunakan SwipeRx app (“App”), akses kepada laman web SwipeRx (“Site”) atau mana-mana aplikasi (“Services”) dibuat oleh mClinica Pte. Ltd. (“mClinica”), walau bagaimanapun telah diakses, anda bersetuju kepada Notis Privasi ini. Aplikasi dan laman web adalah dimiliki dan dikawal oleh mClinica. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada Notis Privasi ini, anda tidak dibenarkan menggunakan aplikasi atau laman web ini.
Sesiapa yang telah mendaftarkan akaun atau menggunakan aplikasi atau laman web akan dianggap sebagai Pengguna.
Maklumat yang dikumpul
Pendaftaran SwipeRx merupakan satu rangkaian sosial dan profesional, eksklusif bagi ahli farmasi. Pihak kami mengumpul maklumat yang diperlukan untuk menyahkan pengguna adalah ahli farmasi, sebagai contohnya, nama, lokasi, e-mel, nombor telefon, pendidikan, nombor lessen farmasi, pengalaman kerja, gabungan profesional, umur, hari lahir dan jantina. Pengguna digalakkan untuk memuat naik gambar profil bagi meningkatkan pengalaman dalam rangkaian. Sekiranya anda memohon untuk menggunakan ciri khas yang eksklusif di SwipeRx, pihak kami mungkin mengumpul maklumat tambahan bagi tujuan pengesahan, termasuk nama kakitangan yang bertanggungjawab, butiran lessen, dokumen pemerbadanan syarikat, butiran perhubungan, dan lain-lain yang disifatkan sebagai sesuai oleh mClinica.
Maklumat Profil Selain daripada maklumat yang diberikan semasa pendaftaran, pengguna boleh menambah lebih maklumat mengenai diri, pengalaman mereka, kemahiran dan minat. Maklumat ini akan meningkatkan identiti profesional mereka yang dipamerkan dalam platform. Dalam masa yang sama, ia boleh membaikkan kualiti keseluruhan rangkaian.
Buku telefon dan perkhidmatan lain yang disegerakkan dengan SwipeRx Anda boleh menggunakan SwipeRx untuk mengimport kenalan melalui buku telefon bimbit anda, akaun e-mel atau rangkaian lain (“kenalan”), di mana anda telah menyimpan maklumat. Pihak kami akan menyimpan maklumat anda dan membantu anda mencari kenalan anda yang boleh didapati dalam platform SwipeRx, serta menjemput orang yang belum memuat naik SwipeRx. Hal ini akan memperbaikkan pengalaman anda di SwipeRx. Sekiranya anda menghantar jemputan kepada seseorang di kenalan anda untuk menyertai SwipeRx dan berhubung dengan anda, seseorang itu mungkin mempunyai akses e-mel atau nombor telefon anda (bagi jemputan SMS) kerana ia akan dipaparkan dalam jemputan. Pihak kami akan mengingatkan jemputan anda bagi pihak anda jika mereka tidak menerima jemputan anda dengan segera. Sebarang maklumat hubungan anda yang diseragamkan dengan platform SwipeRx adalah ditadbir oleh perjanjian pengguna dan Notis ini. Anda boleh keluarkan maklumat anda pada bila-bila masa melalui menghubungi pegawai perlindungan data kami sebagaimana yang tertera di bawah.
Khidmat pelanggan Apabila anda menghubungi perkhidmatan sokongan pelanggan kami, pihak kami mungkin perlu mengakses akaun anda, aktiviti dan mesej untuk mengumpulkan maklumat bagi menjawab soalan anda dan menyediakan penyelesaian.
Penggunaan perkhidmatan Ketika anda menggunakan perkhidmatan pikah kami, sama ada melalui aplikasi atau laman web, pihak kami mengumpulkan maklumat mengenai activiti penggunaan anda, sebagai contoh – apabila anda mengklik aplikasi, mengisi tinjauan, menyiarkan atau melibatkan diri dengan kandungan, mencari kandungan, memohon pekerjaan dan aktiviti lain.
Kuki Kami menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk membantu kami mengenali anda merentasi pelbagai peranti dan memberikan keselamatan yang lebih tinggi, serta meningkatkan pengalaman SwipeRx anda.
Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
Persetujuan kepada maklumat pemproses SwipeRx mengenai anda Apabila anda membuka akaun anda dan menggunakan Perkhidmatan pihak kami, anda berkongsi maklumat peribadi dengan kami. Dengan memberikan maklumat peribadi kepada pihak kami, anda adalah jelas dan menerima terma Perjanjian Pengguna kami secara sukarela, serta menerima dan bersetuju dengan pemprosesan dan pemindahan maklumat peribadi anda mengikut Notis Privasi ini. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan memadam maklumat akaun anda atau dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami seperti yang tertera di bawah.
Komunikasi pengguna Apabila anda memulakan komunikasi dengan pengguna lain di SwipeRx atau menjemput orang di luar platform, nama, gambar profil, e-mel dan/atau nombor telefon akan dikongsi dengan pihak lain yang anda memulakan komunikasi.
Pembangunan perkhidmatan dan pengalaman tersuai Bergantung pada maklumat peribadi anda, kami akan menyediakan ciri yang tersedia untuk anda supaya pengalaman anda menjadi lebih baik. Contohnya termasuk pekerjaan, acara dan kandungan lain yang disesuaikan untuk pengalaman kerja, lokasi dan pendidikan anda.
Mesej pemasaran Kami boleh menghantar anda maklumat pemasaran mengenai barang atau perkhidmatan kami, mengenai acara pemasaran, inisiatif dan promosi, cabutan bertuah, skim keahlian dan ganjaran dan promosi lain.
Berkongsi maklumat dengan pihak ketiga
Ahli rangkaian SwipeRx yang lain hanya boleh melihat nama, lokasi, pengalaman kerja, gabungan profesional dan pendidikan anda. Nombor e-mel, nombor telefon, nombor lesen farmasi, umur, hari lahir dan jantina hanya bagi tujuan pihak kami menghubungi anda dan tujuan pengesahan dan kepada majikan apabila anda memohon pekerjaan melalui platform. Pihak kami tidak mendedahkan data peribadi anda kepada sesiapa sahaja, selain daripada tujuan menghubungi anda berhubung dengan App SwipeRx, laman web, dan perkhidmatan yang anda gunakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada permohonan untuk pekerjaan di App atau laman web atau mengesahkan peperiksaan CPD anda. Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda ke mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda
Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (a) kepada pemroses data pihak ketiga yang kami berkerjasama untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang dinyatakan di klausa 3 di atas, dan yang mungkin berdasarkan di dalam atau di luar bidang kuasa Pengguna yang tinggal; (b) kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang telah kami bekerjasama untuk memudahkan pendaftaran anda untuk acara CPD dan menyediakan anda dengan fungsi lain dari App; (c) sebagai sebahagian daripada atau sebagai persediaan untuk jualan mClinica, atau sebagai penjualan aset, subsidiari, atau bahagiannya; (d) sebagai akibat daripada atau sebagai persediaan untuk perubahan kawalan mClinica atau salah satu sekutunya.
Mana-mana pihak ketiga yang kami memindahkan atau menjual aset kami akan mempunyai hak untuk terus menggunakan maklumat peribadi dan maklumat lain yang anda berikan kepada kami mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis Privasi ini.
Akses dan Pembetulan
Jika pengguna ingin membuat (a) permintaan akses untuk mengakses kepada salinan maklumat peribadi yang kami pegang mengenai Pengguna atau maklumat mengenai cara kami menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi Pengguna, atau (b) permintaan pembetulan untuk membetulkan atau mengemaskini mana-mana maklumat peribadi Pengguna yang kami pegang, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di seperti yang tertera di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa bayaran yang munasabah mungkin akan dikenakan untuk permintaan akses. Jika ya, kami akan memaklumkan anda tetang bayaran sebelum memproses permintaan anda.
Kami akan bertindak balas terhadap permintaan anda dengan segera. Sekiranya kami tidak dapat menjawab permintaan anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima permintaan anda, kami akan memaklumkan kepada anda secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari masa yang mana kami akan dapat menjawab permintaan anda. Jika kami tidak dapat memberikan maklumat peribadi kepada anda atau membuat pembetulan yang diminta oleh anda, kami akan secara umum memaklumkan kepada anda tentang sebab-sebab mengapa kami tidak dapat melakukannya (kecuali jika kami tidak dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan).
Ketepatan dan Pengekalan
Demi memastikan maklumat peribadi Pengguna adalah yang semasa, lengkap dan tepat, sila maklumkan pihak kami sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat peribadi Pengguna, sila kemas kini dengan memaklumkan pegawai perlindungan data kita. Anda boleh memaklumkan dalam penulisan atau melalui e-mel pada butiran hubungan disediakan di bawah.
Kita mungkin akan menyimpan maklumat peribadi Pengguna selama ia diperlukan untuk memenuhi tujuan bagi yang dikumpulkan, atau seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan.
Kita akan berhenti untuk mengekalkan maklumat peribadi Pengguna, atau menanggalkan cara data yang boleh dikaitkan dengan pengguna tertentu, secepat mungkin ia adalah munasabah untuk menganggap bahawa pengekalan itu tidak lagi berfungsi untuk tujuan yang mana maklumat peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi perlu bagi tujuan undang-undang atau perniagaan.
Pemindahan
Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dari Pengguna boleh dipindahkan dari bidang kuasa di mana Pengguna didasarkan untuk dihoskan pada pelayan pemproses data pihak ketiga kita yang lokasinya di Singapura. Sekiranya sebarang pemindahan maklumat peribadi di luar bidang kuasa, kami akan mengambil langkah untuk memastikan maklumat peribadi anda terus menerima standard perlindungan yang sekurang-kurangnya setanding dengan yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Singapura.
Perubahan dan Keselamatan
Perubahan kepada notis Privasi ini Pihak kami mungkin akan mengubah Notis Privasi ini dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat perubahan dalam cara kami merawat maklumat peribadi anda, atau kepada Notis Privasi, kami akan memberi notis kepada anda melalui e-mel dalam masa 7 hari sebelum perubahan.
Keselamatan Kami telah membuat dan menggunakan amalan keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi anda setara dengan standard industri, termasuk melaksanakan sekatan pengesahan dan penyulitan SSL Terbuka pada APIs. Akses ke data anda adalah dilindungi kata laluan. Kami sentiasa memantau dan memastikan piawaian keselamatan kami adalah sentiasa terkini. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin keselamatan sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami dan kami menasihati anda supaya tidak berkongsi maklumat rahsia melalui platform, mesej dan ciri perbincangan kumpulan kami.
Pegawai Perlindungan Data
Pengguna boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data mClinica jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai notis dan prosedur perlindungan mak lumat peribadi kami, atau jika anda ingin membuat sebarang permintaan, dengan cara berikut:
Pegawai Perlindungan Data
Alamat: 28 Bukit Pasoh Road, Yee Lan Court, Singapore 089842
E-mel: dpo@mclinica.com dengan Notis Privasi dalam baris subjek e-mel anda